REKA BENTUK KURIKULUM
PENGENALAN
Di Malaysia, kurikulum adalah satu set program pembelajaran
dan pengajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum
ini dirancang untuk memastikan bahawa semua pelajar menerima pendidikan yang
seimbang dan mencapai matlamat pendidikan negara.
Kurikulum di Malaysia terbahagi kepada tiga fasa pembelajaran utama iaitu Tahun 1-6 (Sekolah Rendah), Tingkatan 1-3 (Sekolah Menengah Pertama) dan Tingkatan 4-5 (Sekolah Menengah Atas). Terdapat juga program pra-sekolah dan pendidikan khas yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan.Kurikulum yang digunakan di Malaysia kini adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang berpusatkan pada pembangunan kebolehan, kemahiran dan nilai-nilai dalam kalangan pelajar. Kurikulum ini membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan dan membantu pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih interaktif dan inovatif. Selain itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga masih digunakan sebagai alternatif bagi sekolah-sekolah menengah yang ingin menggunakan kurikulum yang lebih tradisional.
Kesimpulannya, kurikulum di Malaysia dirancang untuk
mencapai matlamat pendidikan negara dan memastikan bahawa semua pelajar
menerima pendidikan yang seimbang dan berkualiti.
MAKSUD REKA BENTUK KURIKULUM
Rekabentuk kurikulum merujuk kepada proses merancang dan
mengembangkan susunan pembelajaran yang menyeluruh dan terstruktur untuk tujuan
pendidikan tertentu. Ia melibatkan pemilihan matlamat pembelajaran, penentuan
isi kandungan dan aktiviti pengajaran, serta strategi penilaian yang sesuai
dengan keperluan pelajar dan masyarakat. Rekabentuk kurikulum juga melibatkan
pemilihan pendekatan pengajaran yang efektif, seperti penggunaan kaedah inkuiri
atau pendekatan kolaboratif. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa seseorang
pelajar mendapat kesempatan untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan
sikap yang diperlukan untuk mencapai matlamat pendidikan. Rekabentuk kurikulum
ini perlu dipertimbangkan dan diperbaharui mengikut keperluan semasa dan
perubahan sosial serta perkembangan teknologi.
MAKSUD MODEL KURIKULUM
Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu,Cina,mengekalkan bahasa Tamil, dan Ingeris sambil pengantar masing-masing.
Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)
MODEL-MODEL KURIKULUM
Hilda Taba (1962)
- Model kurikulum rasional objektif
- Menekankan proses pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Menggunkan pendekatan grass-roof iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.
- Logik linear; Tujuan ditentukan - Cara diusahakan - matlamat ditetapkan.
Stenhouse(1975)
Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu. Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan praktikal Aristotle Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan;
a) Perancangan-
- Prinsip pemilihan kandungan - apa yang perlu diajar dan dipelajari-
- Prinsip perkembangan startegi pengajaran - bagaimana ia dipelajari dan diajar
- Prinsip membuat keputusan tentang urutan-
- Panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakan kurikulum dalam pelbagai konteks-
- Maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza
- Perancangan berpandukan topik,subtopik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus
- Contoh: RPT, RPH
- Ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan
- Interaksi antara guru, murid, bahan dan pengetahuan
- Contoh: aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Melahirkan insan seimbang
- Aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
- Contoh: keberhasilan mengikut domain, kognitif, afektif dan psikomotor
REKA BENTUK KURIKULUM
Reka Bentuk Kurikulum:
1. BERPUSATKAN AKADEMIK
- Berorientasi kepada subjek
- Ilmu pengetahuan
Ciri-ciri :
- Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya masa lalu
- Kurikulum dipusatkan pada isi kandungan (apa yang akan diajarkan)
- Tersusun mengkut mata pelajaran: Menegak : mudah - sukar
- Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/ topik)
- Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami
Mendatar : antara lapangan ilmu
- Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
- Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus
Kelemahan :
- Peranan pelajar adalah pasif.
- Pengajaran menitikberatkan pada pengetahuan
- Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa pengetahuan berbentuk integrasi
2. BERPUSATKAN PELAJAR
- Orientasi aktiviti & pengalaman
- Humanistik
- Terbuka
Ciri-Ciri
- Meletakkan pelajar sebagai individu pada kedudukan utama
- Pengajaran mengikut permintaan & minat pelajar
- Organisasi kurikulum berdasarkan minat, keperluan dan tujuan pelajar
Kekuatan:
- Motivasi belajar bersifat intrinsik
- Pengajaran melihat kepada perbezaan individual
- Aktiviti penelesaian masalah merupakan bekalan untuk menghadapi kehidupan di luar sekolah
Kelemahan:
- Penekanan pada minat belum tent sesuai untuk menghadapi realiti
- Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas karena kurikulum hanya menekankan minat pelajar
- Lemah dalam kontinuiti dan sekuens bahan
- Tidak dapat dimplementasikan ole guru biasa, mesti guru khas
3. BERPUSATKAN MASALAH
- Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat
- Masalah membentuk intipati
Ciri-Ciri :
- Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat
- Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai mahluk sosial yang perlu hidup bersama
- Isi kurikulum berupa masalah-masalah sosial: Mendatar : merentas pelbagai disiplin ilmu
- Menekankan kepada isi kandungan ataupun perkembangan pelajar
Menegak : keupayaan selesaikan masalah
- Integrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial
- Menggunakan pendekatan penelesaian masalah
Intipati :
- Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran sebagai inti
- Tujuan untuk pengembangan peribadi
4 DASAR UTAMA MODEL RASIONAL KURIKULUM TYLER
2. KANDUNGAN
- Kandungan perlulah disusun daripada aras mudah ke sukar dengan mengambilkira aspek pengalaman sedia ada pelajar untuk menghasilkan penerimaan pengajaran yang optimum oleh pelajar.
3 PRINSIP PENYUSUNAN KANDUNGAN
1.KESINAMBUNGAN
Peningkatan ilmu, kemahiran dan nilai pelajar adalah sejajar dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar seiring dengan peningkatan umurnya
2. PRINSIP KETERTIBAN
Penerimaan pengalaman pembelajaran merentasi waktu kerana pelajar diberikan peluang untuk mendalami ilmu dalam peringkat lebih tinggi
3.PRINSIP KESEPADUAN
Menghubungkaitkan ilmu dengan kemahiran yang dipelajari untuk menampakkan keberkesanan dan bersifat holistik
3 . KAEDAH KURIKULUM TYLER
1. Kaedah pemilihan model Tyler berfokuskan pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh guru.
2. Pemilihan kaedah pengajaran yang berkesan dapat membawa kesan yang terbaik kepada pembelajaran pelajar
3. Pemilhan bahan rujukan dan alat mengajar yang baik mampu memberikan impak yang baik untuk PDP dalam bilik darjah
4. PENILAIAN
- TUJUAN
Bertujuan untuk menilai keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang ditetapkan
- PENILAIAN FORMATIF
Penilaian berterusan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
- PENILAIAN SUMATIF
Penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun, PT3 dan SPM
Comments
Post a Comment